fbpx
NORLIZA turun padang menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dengan membeli-belah baju raya.

K2

Kebersamaan dalam keberkatan, PTPTN rai anak yatim, asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah lupa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ketika menyambut Ramadan dan Syawal melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan itu.

Sebagai tanda keprihatinan dan komitmen terhadap masyarakat yang memerlukan, PTPTN baru-baru ini telah mengadakan Program Raikan Syawal PTPTN bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf.

Program ini merupakan program tahunan PTPTN sejak tahun 2016 bagi membantu dan menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadan dan Syawal.

Pada tahun ini, program ini melibatkan dua aktiviti iaitu program membeli-belah baju raya dan berbuka puasa.

Pada 9 Mac lalu, PTPTN telah meraikan 50 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf sekitar kawasan Bukit Gelugor dengan aktiviti membeli baju raya bertempat di Aeon Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Sementara itu keesokannya, PTPTN meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah (PKNA) di majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang.

Program tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad; Pengasas dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah (PKNA), Rohani Hussainsa serta Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Pulau

Pinang dan Pengurusan PTPTN, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

Selain menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan, PTPTN turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,400 kepada 24 anak-anak yatim dan asnaf dengan setiap orang menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Norliza turut memberikan sumbangan peribadi kepada 24 anak yatim dan asnaf tersebut.

Selain itu, setiap penerima sumbangan juga mendapat beg sekolah dan kuih raya.

Norliza berkata, PTPTN sentiasa melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat dalam memastikan bantuan dan sokongan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Aktiviti membeli baju raya dan berbuka puasa ini merupakan inisiatif PTPTN dalam memberi peluang kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf untuk merasai kemeriahan Ramadan bersama-sama dalam suasana yang penuh kasih sayang dan kebersamaan sekali gus dapat meraikan Syawal yang bakal menjelma seperti anak-anak yang lain.

“PTPTN berharap melalui program tanggungjawab sosial korporat, lebih ramai lagi yang tampil untuk turut sama berkolaborasi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Tambah Norliza, bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang memupuk sifat keprihatinan dan saling membantu antara satu sama lain.

“Inisiatif sebegini dapat memberi keceriaan dan semangat kepada mereka yang memerlukan serta mengingatkan kita semua akan pentingnya menjaga nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Dalam pada itu, PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR demi pembangunan anak bangsa selari dengan motto

PTPTN, Peluang Kejayaan Anda serta tagline PTPTN Prihatin :Kami Kongsi, Kami Bantu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN