PETALING JAYA – Penjara Kajang meraih tumpuan orang ramai apabila jualan kuih raya hasil tangan banduan mendapat sambutan yang luar biasa sehingga terpaksa untuk dihentikan untuk sementara waktu bagi penambahan stok biskut raya yang habis licin.
Kejadiaan itu tular menerusi satu hantaran video TikTok milik @Withsiti888, yang mengambil gambar seorang anggota penjara di pos pengawal menunjukkan notis biskut raya terpaksa berhenti seketika.
Orang ramai juga beranggapan tularnya biskut raya ini disebabkan oleh seorang influencer (pemberi pengaruh) Tun Laila merupakan seorang peguam, yang kerap membeli makanan di penjara Kajang. Hasilnya, orang ramai tanpa membuang masa menyerbu untuk mendapatkannya.
Video tersebut berjaya meraih sebanyak 523,700 tontonan, 33,800 tanda suka dan 1,276 perkongsian.
Dalam video tersebut, netizen memberikan reaksi yang kelakar dan memberikan andaian lucu mengenai kejadiaan yang tidak disangkakan.
“Banduan dah penat,” komen @.taktahula.
“Bayangkan masuk penjara sebab nak rehat, akhir-akhir kena buat biskut raya,” cuit @Mcajewan.
“Aku dah agak dah, mesti laju je habis baru nak pegi,” kata @Semperitsusutartnanas. – KOSMO! ONLINE