fbpx
Mohd. Azmi (tiga dari kanan) bersama sukarelawan MySave Food @Bazar Ramadan 2025 di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

1.8 tan juadah bazar hampir jadi sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lebih 1.8 tan makanan yang tidak terjual di lima lokasi bazar Ramadan sekitar bandar raya ini berjaya di­selamatkan daripada terbuang.

Pengarah Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa Majlis Bandaraya Shah Alam, Ts. Mohd. Azmi Amer Khan berkata, program sejak 2021 itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada peniaga-peniaga di lima lokasi terbabit.

“Kita bermula pada hari kedua Ramadan dan sambutan dalam kalangan peniaga di lima lokasi bazar Ramadan amat meng­galakkan.

“Sebanyak 1.866 tan makanan telah diterima daripada peniaga dan diagihkan untuk lima hari program MySave Food @Bazar Ramadan 2025 ini,” katanya.

Menurut Mohd. Azmi, program itu melibatkan kakitangan MBSA dan sukarelawan yang bertugas bermula pukul 6 petang hingga 8 malam untuk mengumpul dan mengagihkan makanan.

Tambahnya, selain Seksyen 17, bazar Ramadan Stadium Seksyen 13, 19, 28 dan U16 turut terlibat.

“Kesemua makanan diagihkan ke Politeknik Shah Alam, Masjid Al-Amin di sini, Surau Al-Amin Seksyen 19 dan Surau Nurul Iman Pangsapuri Teratai Seksyen U16,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN