fbpx

Ribut petir hampir di seluruh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di 12 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Katanya, ribut petir turut melanda Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), manakala Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

“Di Pahang kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

“Ribut petir turut melanda Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata hujan lebat melanda Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala negeri Johor adalah Segamat, Batu Pahat dan Kluang.

“Di Sarawak, antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk pula adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Sebauh).

“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan daerah Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI