fbpx
Bazar Ramadan menjadi lokasi popular untuk orang ramai membeli juadah berbuka puasa.

Luahan pembaca: Pilih gerai jual makanan murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Isu berkaitan harga makanan yang mahal sentiasa menjadi bualan orang ramai lebih-lebih lagi ketika umat Islam menjalani ibadah berpuasa ketika Ramadan.

Jika diperhatikan dengan teliti, tidak dapat dinafikan memang wujud gerai-gerai yang menjual makanan pada harga sedikit tinggi daripada ‘jiran-jiran’ mereka.

Sebagai contoh, tahun lalu kita mendengar keluhan ramai peminat Roti John yang mendakwa harga ketika ini sangat mahal dan agak mustahil dapat membelinya pada harga RM5 atau RM6.

Menurut mereka, harga juadah popular itu kini biasanya dijual sekitar RM8 hingga RM10, malah di sesetengah tempat harganya boleh mencecah RM12 sebungkus.

Situasi bagi makanan lain seperti lauk-pauk pun sama memandangkan ada gerai yang menjual ayam masak merah pada harga RM5 bagi seketul ayam dan ada pula meletakkan harga RM8.

Saya sendiri berharap pemantauan berterusan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan harga makanan yang dijual oleh para peniaga tidaklah terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

Jadi sebagai pengguna, apa yang boleh kita lakukan adalah memilih gerai yang menjual makanan pada harga berpatutan kerana kuasa memberi sebenarnya terletak di tangan kita.

PENGGUNA MADANI
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN