fbpx

Pusat Mediasi Komuniti tawar penyelesaian isu kejiranan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron (dua dari kanan) sedang memasukkan bubur lambuk ke dalam bekas untuk diedarkan pada program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan peringkat Kebangsaan di Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebanyak 215 kes mediasi antara masyarakat berjaya diselesaikan oleh Pusat Mediasi Komuniti (PMK) secara proaktif, di luar perundangan pada tahun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, PMK diselia Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) berkenaan merupakan platform bukan perundangan bagi membantu komuniti menyelesaikan pertikaian dan konflik berlaku di peringkat akar umbi.

“Antara skop perkhidmatan mediasi dikendalikan oleh pusat tersebut ialah isu berkaitan kejiranan setempat seperti isu parkir, gangguan bunyi bising, pergaduhan antara jiran dan isu alam sekitar,” katanya di Kerteh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan peringkat Kebangsaan.

Aaron berkata, setakat ini sebanyak lapan PMK telah ditubuhkan di seluruh negara.

Beliau berkata, lima lagi PMK dicadang untuk dibuka sepanjang tahun ini membabitkan kerjasama agensi lain seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Daerah Tuaran Sabah, Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Contohya di Kuala Lumpur akan ditubuhkan di Perumahan Rakyat Seri Kota. Selain itu, pusat itu juga akan ditubuhkan di Pusat Aktiviti Perpaduan (PAP) di sini dan Pejabat Perpaduan Daerah Pontian Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI