fbpx
HASIL didikan Vida, Cik B lancar mengalunkan surah Dhuha dan dipuji netizen.

Cik B baca surah Dhuha, Vida kena puji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA sebelum ini ibunya iaitu usahawan Datuk Seri Vida dipuji rajin mengalunkan surah-surah al-Quran, kini giliran anaknya pula meraih hal sama.

Cik B baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila membaca surah Ad-Dhuha bersama seorang pelayan sebuah restoran.

Menurut Vida, Cik B menghafal dan mengamalkan surah tersebut sejak umurnya baru berusia tujuh tahun.

“Saya amalkan surah ini dari umur tujuh tahun sampai sekarang, hari-hari baca.

“Insya-Allah rezeki luar biasa dan sentiasa dimudahkan segala urusan,” kongsi Vida dalam ruangan kapsyen.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cik B yang mengikut sikap ibunya yang suka membaca dan menghafal ayat-ayat suci al-Quran.

“Bagus didikan Vida, anak-anak pandai dan hafal surah.

“Alhamdulillah, Cik B juga macam Vida yang suka baca ayat-ayat al-Quran,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI