fbpx

Leverkusen harap magis aksi timbal balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT pemain Leverkusen cuba menghalang larian Musiala (tengah) yang berjaya meledak satu gol ke atas mereka awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Xabi Alonso dan Bayer Leverkusen perlu mencipta satu keajaiban baharu untuk menyelamatkan peluang mereka selepas tewas 0-3 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayern Munich.

Kekalahan yang ditanggung di Allianz Arena awal pagi semalam meletakkan Leverkusen dalam situasi sukar menjelang aksi timbal balik minggu depan di mana setiap detik bakal menentukan nasib mereka dalam saingan berprestij itu.

Bagi Bayern, kemenangan itu menerusi dua gol Harry Kane termasuk satu sepakan penalti di separuh masa kedua selain satu jaringan Jamal Musiala memastikan kejayaan selesa buat pasukan bimbingan Vincent Kompany.

Meskipun keputusan itu berat untuk diterima, namun Leverkusen pernah membuktikan mereka mampu mencipta sesuatu yang luar biasa apabila menewaskan Bayern 3-0 di BayArena musim lalu dalam perjalanan menjulang gelaran liga pertama tanpa kalah.

“Kami perlu berjuang habis-habisan. Kami akan belajar daripada perlawanan ini dan percaya kepada peluang kami di aksi timbal balik nanti.

“Kami tidak akan menyerah dengan mudah. Tiga gol bukan sesuatu yang mustahil. Satu gol sahaja sudah cukup untuk mengubah segalanya,” kata Alonso.

Sepanjang sejarah UCL, Barcelona pernah mencipta kebangkitan terbesar daripada kekalahan 0-4 di tempat lawan sebelum menang 6-1 di laman sendiri menentang Paris Saint-Germain pada 2017.

Situasi sama kini menanti Leverkusen yang perlu menundukkan Bayern dengan keputusan besar untuk mencipta sejarah baharu dan meletakkan nama mereka sebaris kelab elit di pentas Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI