fbpx

Kenchana Dewi mohon tiga penyampai Era dimaafkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenchana Dewi mohon semua pihak beri kerjasama dan saling memaafkan.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak popular, Kenchana Dewi memohon semua pihak terutamanya kaum India untuk memaafkan tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda agama Hindu.

Menerusi satu video, Kenchana yang berbicara dalam bahasa Tamil dipercayai mengulas tentang isu penyampai Era FM.

Dia menegaskan semua pihak untuk saling memaafkan antara satu sama kaum, bagi mengelakkan isu ini berpanjangan.

Selain itu, Kenchana juga sempat meninggalkan kapsyen dalam video terbabit dengan mengajak orang ramai memaafkan perbuatan tiga penyampai radio berkenaan atas apa yang berlaku.

“Permintaan saya tolong maafkan kesemua penyampai radio Era FM,” tulisnya.

Rata-rata netizen menyuarakan kata-kata positif mengenai isu tersebut dan ia tidak perlu dibesarkan lagi.

“Ya saya setuju, kami maafkan, orang India adalah komuniti yang hebat,” kata @RathiyeEelango.

“Tuhan pun ampunkan kita, tolong rehatkan kes ini dan maafkan kesilapan ini..mari jadikan masyarakat kita yang hebat dengan semangat 1 Malaysia,” kata @DrMoganNaidu.

“Ya benar. ia adalah beberapa kesilapan dalam video dan ada yang salah faham. mereka sudah meminta maaf. Jadi lebih baik kita maafkan mereka,” kata @Jack.

Terdahulu, Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin memohon maaf berhubung video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci yang dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Video itu yang sudah diturunkan dari platform media sosial stesen terbabit memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa rakan-rakan yang lain.

Klip video tersebut mengundang kritikan ramai kerana secara terang-terangan mempersendakan tradisi penganut agama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI