fbpx
MOHD. JOEHARI menghadiahkan jersi skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan hari ini. - IHSAN FAM

Presiden FAM jumpa Anwar, kongsi hala tuju bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub melakukan kunjungan hormat ke atas  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi,  Joehari berkongsi agenda terkini hala tuju bola sepak negara terutama bagi memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Anwar sepanjang pertemuan itu.

“Selain itu, Joehari turut berkongsing perkembangan terkini persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini,” kata kenyataan itu.

Pertemuan ringkas itu disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang juga mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta yang mana baki jumlah RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN