fbpx

12,600 tiket tambahan ETS boleh dibeli mulai esok – KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April.

Menerusi satu kenyataan, KTMB berkata, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.

Jelas kenyataan itu, langkah itu diambil bagi menampung permintaan tinggi berikutan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada yang telah habis dijual.

“Tiket ETS tambahan itu akan mula dijual esok bermula jam 10 pagi.

“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan ini akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan, dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, KTMB berkata, penyediaan tren ETS tambahan ini mencerminkan komitmen KTMB dalam menyediakan perkhidmatan rel yang cekap, selesa, dan selamat sebagai pilihan utama perjalanan rakyat Malaysia.

“KTMB menggalakkan penumpang untuk merancang perjalanan lebih awal serta membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan dan mengelakkan kehabisan tiket pada saat akhir.

“Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI