fbpx

Lelaki ditahan cekik anak, ugut isteri kerana tuntut cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang lelaki dipercayai mencekik leher anak dan mengugut isterinya di Tawau baru-baru ini. Ihsan Polis

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mencekik leher anaknya dan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya selepas tidak berpuas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh yang dibuat wanita terbabit.

Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada pukul 2.20 petang Rabu lalu di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa seorang wanita tempatan berumur 39 tahun mendakwa sering diganggu suspek selepas dia memfailkan permohonan cerai dan tuntutan fasakh sejak Disember tahun lalu.

“Suspek sering mengganggu mangsa sejak permohonan itu dikemukakan. Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak agresif dengan mencekik anak mereka sebelum mengugut mahu mencederakan isterinya.

“Mangsa yang ketakutan segera membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya suspek dibawa ke IPD Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah. – KOSMO! ONLINEb

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI