KUALA NERANG – Harga emas yang terus meningkat dan kini berada pada paras tertinggi membuatkan ramai berpusu-pusu menjual semula perhiasan emas masing-masing untuk mendapatkan wang tunai segera. Tinjauan di kedai-kedai dan pusat jualan emas di negeri ini mendapati, jumlah pelanggan yang mahu menjual emas terpakai dan pusaka serta surat pajak gadai emas meningkat kira-kira dua kali ganda. Menurut Pengarah Urusan Tun Emas, Ku Mohd. Fikri Hanif Ku Puteh, harga emas di premisnya ketika ini (11 Februari) berada pada paras tertinggi……