ISTERI Amri mula menjalin hubungan terlarang dengan tok bomoh selepas mendapat rawatan ‘perubatan’ daripada lelaki itu. – Gambar hiasan

Isteri main kayu tiga dengan tok bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“SAYA memang tidak akan maafkan apa yang dia (isteri) lakukan kepada saya 20 tahun lalu.

“Bukan sekadar menyakitkan hati, dia juga meninggalkan kesan dan trauma mendalam dalam hidup saya sehingga ke saat ini.”

Itu kata-kata kesal yang keluar dari mulut Amri (bukan nama sebenar) tatkala berkongsi semula kisah hidupnya kepada K-Wanita baru-baru ini.

Menurut anak jati Pulau Pinang itu, dia bernikah dengan isterinya lebih dua dekad lalu setelah diatur oleh keluarganya.

“Isteri jauh lebih tua daripada saya dan dia juga pernah menjadi balu selepas kematian suami sebelumnya.

“Cumanya, isteri saya tidak dikurniakan anak semasa perkahwinan terdahulu. Hasil pernikahan dia dengan saya, kami dikurniakan tiga orang zuriat,” ujar lelaki berusia lewat 40-an itu.

Menceritakan apa yang berlaku dalam perkahwinannya, Amri memberitahu, hubungan mereka dalam rumah tangga semakin renggang selepas isterinya mengenali seseorang.

Jelasnya, seseorang yang dimaksudkan itu adalah lelaki tok bomoh di kampung sebelah yang dikenali oleh isterinya tatkala pertama kali mendapatkan ‘bantuan’ perubatan dengan lelaki itu. Tok bomoh yang saya ceritakan ini memang terkenal dalam kalangan penduduk kampung.

“Ini kerana, dia telah berjaya membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh orang kampung berdekatan dan dari luar negeri.

“Isteri saya mengenali tok bomoh ini melalui kawan-kawan terdekatnya ketika dia ‘kurang sihat’ dan memerlukan bantuan perubatan tradisional,” ujarnya.

Sejak itu, isterinya mula angau dan kerap berkunjung ke tempat tok bomoh berusia 50-an tersebut untuk mendapatkan rawatan tradisional.

“Selepas hampir dua tahun bermain tarik tali dengan menjalin hubungan dengan tok bomoh itu, barulah isteri saya mendedahkan dan mengakui perkara sebenar yang dilakukannya dan minta dilepaskan.

“Ketika itu, saya memang terkejut dan tidak boleh terima apa yang diperkatakan oleh isteri. Seboleh-bolehnya saya ingin menganggap ia tidak benar dan hanya cerita rekaan oleh isteri.

“Namun, apa yang membuatkan saya ‘tersedar’ selepas isteri mengakui dia kerap jalin hubungan terlarang dengan tok bomoh itu yang merupakan duda anak lapan.

“Saya tersentak mendengar pengakuan berani mati dan jijik itu. Dia seakan-akan bangga dengan apa yang dilakukannya selama ini,” katanya.

Tercabar kelakian Amri tatkala isterinya meminta dilepaskan kerana tidak mahu terus menanggung dosanya bersama tok bomoh itu.

Beritahu Amri, berkali-kali dia cuba memujuk isterinya untuk kembali ke pangkal jalan dan menjalani hubungan seperti sebelum ini.

“Pun begitu, kata-kata dan nasihat yang saya berikan sia-sia saja. Isteri tetap dengan keputusannya, malah seperti berbangga dengan apa yang dilakukan.

“Tiada jalan lain. Demi anak-anak saya turutkan apa yang isteri pinta.

“Saya terpaksa melepaskan dia (isteri) dengan cara baik dan berharap dia dapat bertaubat daripada dosa besar yang telah dilakukannya selama ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN