fbpx

Radio kekal medium penting penyatuan rakyat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada semua petugas industri radio yang terus komited dalam menyampaikan maklumat, hiburan dan pendidikan kepada rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Radio Sedunia, beliau menekankan peranan penting radio sebagai medium yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Terima kasih kepada semua petugas radio, baik di hadapan mahupun di belakang tabir, yang sentiasa berusaha dan memberikan komitmen luar biasa.

“Semoga radio terus menjadi ejen penyatuan tanpa mengira latar belakang, dan bukan pemisah antara kita. Pada masa sama, berperanan sebagai saluran yang menyebarkan ilmu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat,” katanya hari ini.

Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Februari, dengan tahun ini menjadi tahun ke-15 sambutan itu diraikan sejak diumumkan tahun 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI