MENGANYAM bahagia bersama suami baru, namun penyanyi Ina Naim masih terkenang arwah teman hidup terdahulu, Allahyarham Suhaimi Saad.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia bermimpi bertemu arwah selama tiga hari berturut-turut ketika demam tempoh hari.
Perkara itu diceritakan kepada pengikut laman sosialnya, malah suaminya Khairul sangat memahami dan langsung tidak marah.
Tambah Ina yang menitiskan air mata ketika bercerita, Khairul hanya berkata ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini’.
Bagus sungguh suami Ina, sangat sporting selain faham perkara demikian memang lumrah terutama bagi pasangan yang dipisahkan ajal.
Lebih 17 tahun hidup bersama sudah tentu pelbagai suka duka dikongsi bersama apatah lagi baru setahun arwah Suhaimi pergi.
Diva: Suka tengok TikTok Ina dengan suami baharunya, Khairul.