fbpx
Busana yang ditonjolkan mementingkan praktikaliti dan kesopanan.

Fesyen Muslimah tanda cinta abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDUSTRI fesyen Muslimah di negara ini sememangnya semakin berkembang, menjadikan pengguna lebih mudah untuk mendapatkan pelbagai rangkaian produk fesyen seperti jubah, tudung atau blaus dengan potongan longgar dan patuh syariah.

Kemunculan semakin banyak jenama pakaian Muslimah yang menawarkan rekaan moden dengan fabrik bermutu tinggi juga memberikan lebih pilihan kepada pembeli yang mahu tampil bergaya, namun masih sopan.

Jika bercakap tentang label Siti Khadijah, apa yang sering terbayang di minda adalah seleksi telekung solat pelbagai warna yang dihasilkan daripada fabrik sejuk dan selesa.

Namun, jenama itu turut dikenali sebagai jenama yang menghasilkan pelbagai produk fesyen lain seperti jubah dan tudung.

Sempena ulang tahun ke-15 yang disambut pada 20 November lalu, Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat induk di sebalik jenama kegemaran ramai itu mengumumkan penjenamaan semula sebagai Enda Group Sdn. Bhd.

Majlis sambutan tersebut diadakan di Laman Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan yang diserikan dengan pertunjukan fesyen.

Dalam majlis sama juga, pengunjung berpeluang mengikuti pengalaman yang istimewa iaitu aktiviti menjahit, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri elemen kesenian di sebalik telekung ikoniknya.

Pertunjukan fesyen yang berlangsung di Nilai itu turut memperagakan telekung-telekung pelbagai gaya

Jenama itu memaklumkan bahawa penjenamaan semula itu adalah sesuai dengan visi strategiknya yang berhasrat untuk melangkaui identiti yang berasaskan jenama tunggal kepada kumpulan gaya hidup yang dinamik.

“Kami terus meneguhkan kedudukan sebagai jenama yang meningkatkan kualiti hidup.

“Daripada hanya mengutamakan pakaian ibadah wanita, kami kini berkembang menjadi jenama gaya hidup global menerusi tawaran pelbagai produk yang konsisten dalam mempromosikan prinsip keselesaan, praktikaliti dan kesopanan.

“Ini selaras dengan misi kami iaitu ‘Untuk menghayati Lambang Cinta Abadi dengan menginspirasikan gaya hidup bermakna melalui produk dan perkhidmatan yang inovatif’,” tulis kenyataan itu.

Acara dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan pelbagai busana keluarannya seperti jubah, tudung, blaus labuh dan juga pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak.

Pilihan fabrik lembut, sejuk dan selesa terus ditampilkan dalam pertunjukan fesyen tersebut, memandangkan ia menjadi signatur jenama itu.

Pertunjukan fesyen itu juga menampilkan seleksi telekung yang merupakan produk paling ikonik untuk Siti Khadijah.

Tambah kenyataan itu, penjenamaan semula kepada Enda Group Sdn. Bhd. bukan sekadar perubahan nama, tetapi merupakan komitmen baharu untuk menyediakan produk dalam pelbagai kategori gaya hidup.

“Kami yakin penjenamaan ini akan mengukuh kedudukan Enda Group sebagai peneraju dalam memupuk gaya hidup lebih bermanfaat, bukan hanya di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN