fbpx
Nadiah sifatkan tanpa akaun media sosial, dia dapat menjaga harga diri, kesihatan mental.

Nadiah hidup bahagia tanpa TikTok, Instagram, Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AGAK janggal apabila seorang anak muda tiada akaun media sosial sedangkan medium itu menjadi kewajipan buat setiap orang ketika ini.

Gadis kelahiran Johor, Fatin Nadiah Mohd. Padzli, 23, atau le­bih mesra dikenali sebagai Nadiah memberitahu, dia bahagia tanpa medium Facebook, Instagram dan TikTok.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang juga penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkongsi kisah uniknya kepada Kosmo! Ahad.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai Nadiah?
Nadiah: Saya sedang me­lanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Golf) dan kini sedang menjalani latihan industri di The Els Club Teluk Datai, Langkawi.
Saya belajar teori cara bermain golf dan menguruskan kelab golf, di samping perakaunan dan sumber manusia. Kini saya di semester tujuh dan mendapat anugerah dekan bagi lima semester sebelum ini.
Bapa seorang pegawai polis dan ibu ada perniagaan fesyen.

Siapa sumber inspirasi kamu?
Sumber inspirasi saya adalah kakak ke­dua yang bekerja sebagai jurutera nuklear, dia sangat bijak dan pandai berdikari.

Nadiah tiada akaun media sosial?
Saya pernah mempunyai akaun media sosial selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi padam ke­semua akaun tersebut.
Saya tiada akaun media sosial kerana mahukan privasi selain tidak mahu maklumat peribadi atau kehidupan terdedah kepada orang lain.
Nadiah hanya mempunyai WhatsApp kerana menganggap banyak unsur negatif datang daripada media sosial. Tanpa­media sosial, saya dapat menjaga harga diri (self esteem) dan kesihatan ­mental.

Adakah anda akan membuka akaun media sosial?
Mungkin di masa depan, tetapi akan mengehadkan akaun tersebut untuk kegunaan profesional, seperti berkongsi mengenai kerjaya.
Pandangan saya kerajaan boleh perkenalkan undang-undang untuk menghalang mereka berusia 16 tahun dan ke bawah untuk mempunyai akaun media sosial seperti di Australia kerana saya percaya banyak masalah sosial dalam kalangan mereka berpunca daripada media sosial.

Apa aktiviti masa lapang?
Membaca buku bukan fik­syen, terutama berkaitan dengan ­falsafah dan sains sosial. Sekarang saya sedang membaca buku bertajuk Success Affirmations oleh Jack Canfield yang membina banyak pemikiran positif dalam diri sendiri.
Selain itu, saya juga belajar lima bahasa selain Bahasa Me­layu dan Bahasa Inggeris, iaitu Bahasa Jepun, Thailand, Mandarin, Korea dan Rusia.

Perancangan masa depan Nadiah?
Setakat ini saya bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi, mungkin dalam bidang perhubungan awam kerana banyak yang boleh dikaitkan dengan bidang pengajian saya sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN