fbpx

MAQIS sita hampir 6 tan produk kayu tanpa permit import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAQIS menahan dan menyita produk kayu tanpa permit yang diimport dari China di Pelabuhan Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan dan menyita produk kayu dengan berat 5,913 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 75,000 di Pelabuhan Pasir Gudang, Selasa lalu.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Johor, Edie Putra Md Yusof kesemua produk tersebut diimport dari China melalui pelabuhan tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kontena yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS pada 4 petang menemukan produk kayu iaitu Wooden Frame Wheat Straw cuba dibawa masuk
tanpa permit import MAQIS.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah mendapati produk kayu tersebut juga tidak menjalani sebarang rawatan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam syarat pengimportan.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Edie Putra, pihak terbabit boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

“Pihak MAQIS akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam negara adalah bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI