fbpx

Selena Gomez bertunang, Taylor Swift nak jadi ‘flower girl’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA Gomez berkongsi kegembiraannya yang kini sudah memasuki fasa pertunangan dengan Benny Blanco.

SETAHUN hangat bercinta, penyanyi pop dunia Selena Gomez kini bergelar tunangan kepada teman lelakinya yang juga penerbit album, Benny Blanco.

Berkongsi khabar gembira. Gomez, 32, turut menayang cincin bertahta berlian yang dipakai pada jari manis selain foto mesra bersama Blanco.

“Selamanya…bermula dari sekarang,” katanya ringkas dalam ruangan kapsyen foto tersebut.

Sementara, Blanco, 36, turut meninggalkan komen pada foto tersebut dengan berseloroh bahawa Gomez adalah isterinya.

“Eh tunggu dulu, itu isteri saya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai selebriti popular lain termasuk rakan baiknya, Taylor Swift, Jennifer Anniston dan Gwyneth Paltrow.

“Ya saya akan menjadi ‘flower girl’ (pengapit),” komen Swift.

“Akhirnya, berita baik yang dinanti-nantikan. Sangat gembira untuk anda berdua,” kata pelakon Lily Collins.

Untuk rekod, Gomez dan Blanco mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu.

Kemudian pada Mei lalu, Blanco mengakui mahu menyunting Gomez menjadi suri hidupnya.

Blanco dalam satu temu bual memberitahu, dia merancang melamar selebriti terkenal itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI