fbpx

Liga Super: Selangor puas berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Selangor meraikan kejayaan mereka menewaskan NSFC 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kelmarin. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

KETUA Jurulatih Selangor FC, Kinoshi Katsuhito berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan anak-anak buahnya ketika membenam Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam saingan Liga Super kelmarin.

Beliau berkata, tanpa kelibat beberapa pemain yang cedera atau dipanggil menyertai pasukan kebangsaan, Selangor tetap tampil bergaya menundukkan NSFC dengan jumlah gol yang memberangsangkan.

“Sudah tentu saya sangat puas hati bukan saja pemain turun pada malam ini tetapi gabungan keseluruhan pasukan yang gigih memberikan persembahan terbaik.

“Mereka telah berlatih dengan tekun dan mempamerkan permainan seperti yang ditunjukkan dalam sesi latihan,” katanya.

Empat gol Selangor dijaringkan oleh Aliff Haiqal Lokman Hakim pada minit ke-15, Alvin Mateus Fortes (m-39), Quentin Cheng (m-47) dan Yohandry Orozco (m-60), manakala pemain NSFC, Che Rashid Che Halim turut dilayangkan kad merah pada hujung babak pertama.

Dalam masa sama, Katsuhito berharap, aura kemenangan itu akan berterusan dalam aksi seterusnya walaupun mereka bakal mengharungi beberapa siri perlawanan yang memenatkan.

“Kadang-kadang kami menghadapi pertandingan yang sangat sukar seperti terlalu banyak perlawanan. Tetapi perkara paling penting ialah kita perlu terus berupaya menghadapi situasi seperti itu dengan percaya pada diri sendiri,” ujarnya.

Ditanya mengenai situasi kehilangan tonggak-tonggak yang menyertai pasukan kebangsaan, Katsuhito memberitahu, beliau melihat kepada pilihan lain untuk digilap sebagai pemain utama.

“Sebenarnya kita boleh saja menolak tawaran pasukan kebangsaan tetapi kita perlu ingat ia adalah sebahagian daripada bola sepak Malaysia. Jadi kita harus berkongsi dengan mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI