SEJAK menyandang status duda, nama pelakon Fattah Amin tidak henti menjadi sebutan. Boleh dikatakan apa saja yang dilakukannya mendapat perhatian.
Setiap kata-kata, foto mahupun pemilihan lagu turut menjadi buah mulut khalayak sehinggakan semuanya saling berteka-teki tentang apa yang dirasai mahupun dilalui sekarang.
Dengan kata mudah, setiap kali Fattah muka mulut, tayang muka, pasti ada saja perkara yang mencuri perhatian. Mungkin disebabkan itu juga Fattah kini dikatakan menjadi buruan produksi untuk melariskan karya mereka.
Alasannya, orang tengah laku, jadi inilah masa keemasan untuk melariskan segala apa yang ada. Begitu juga dengan pemilihan Fattah yang dikatakan untuk dijadikan sebagai ‘pelaris’ oleh beberapa produksi.
Biarpun tegas mereka tidak menafikan bakat lakonan Fattah, tetapi mereka juga tidak menolak yang populariti Fattah lebih ‘power’ daripada lakonannya.
Tetapi, apa-apa pun bagi Diva segalanya bergantung kepada tuan punya badan, sekiranya benar Fattah boleh dijadikan tarikan penonton, tidak salah pun.
Diva: Kasihan seorang aktor bergelar Datuk kena ‘friend zone’ dengan pelakon wanita jelita.