fbpx

981 hektar sawah Kada terjejas banjir belum dilindungi skim takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid (kiri) bersalaman dengan kakitangan Kada ketika tiba di ibu pejabat agensi itu di Kota Bharu hari ini.- Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Lebih daripada 50 peratus atau kira-kira 981 hektar sawah padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) masih belum dilindungi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Pengerusi Kada, Khalid Abdul Samad berkata, ia berikutan pesawah terlibat telah memulakan kerja-kerja menanam padi lebih awal berbanding skim tersebut yang hanya bermula pada September lalu.

Menurutnya, bagaimanapun, lebih 696 hektar sawah padi di bawah Kada yang terlibat dengan kemusnahan akibat banjir telah dilindungi di bawah STTP.

“Mereka yang memulakan proses tanaman padi pada September lalu sudah didaftarkan di bawah skim tersebut dan akan mendapat pampasan kerosakan hasil padi akibat banjir oleh skim takaful berkenaan berdasarkan jumlah hektar setiap seorang.

“Kita akan daftarkan keseluruhan 26,664 hektar jelapang Kada bagi penanaman padi untuk musim akan datang ,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melapor diri sebagai Pengerusi Kada yang baharu di ibu pejabat agensi itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium skim berkenaan pada tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.- KOSMO! ONLINE

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, bagaimanapun petani-petani yang memulakan tanahan sebelum September dan tidak sempat didaftarkan di bawah STTP tetap akan dibantu dengan bayaran pampasan melalui dana tabung bencana sedia ada sebagaimana dilaksanakan pada setiap tahun sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI