fbpx

JKN keluar surat teguran terhadap MA pukul doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengeluarkan surat teguran kepada penolong pegawai perubatan yang didakwa memukul doktor lelaki dalam kejadian di Hospital Gerik pada Jun lalu.

Pengarah JKN Perak, Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, surat teguran itu dikeluarkan selepas pihaknya mendapati aduan yang dibuat doktor lelaki terbabit dalah berasas.

Katanya, aduan itu dibuat oleh mangsa pada 4 Jun lalu dengan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes tersebut yang ditubuhkan pada hari sama.

“Kementerian Kesihatan (KKM) melalui JKN Perak mengambil maklum satu hantaran di media sosial dibuat individu bernama Aidid Nawawi Ghazali berkaitan insiden yang berlaku sewaktu bertugas di Hospital Gerik.

“Siasatan kes yang dijalankan pada 12 Jun lalu mendapati aduan tersebut berasas. Berikutan itu, surat teguran kepada pegawai terlibat dikeluarkan pada 31 Julai lalu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, surat pemakluman hasil siasatan dalaman dihantar kepada pengadu pada 1 Ogos lalu. Pengadu turut dihubungi dan ditawarkan khidmat kaunseling. JKN turut menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI