fbpx

Hina peniaga teh di Indonesia: ‘Pengajaran menginsafkan’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Majlis Perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden menghina peniaga teh oleh seorang pendakwah terkenal di Indonesia adalah menginsafkan serta memberi pengajaran berguna.

Perdana Menteri berkata, beliau berasa hairan kerana penghinaan itu dilakukan oleh individu yang memahami hal berkaitan agama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akui kesal dengan tindakan ahli agama itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

“Sikap angkuh dan sombong itu kadang-kadang bukan sahaja dalam kalangan (mereka) tidak tahu agama, tidak semestinya.

“Orang yang faham agama yang sering bincang tentang Islam, akidah, solat dan (amalan) sunat tetapi bila timbul keadaan begitu, dia boleh menghina.

“Saya lihat (video) saya rasa aneh dan luar biasa, tetapi bagi saya pengajarannya menginsafkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah klip video berhubung cercaan dan penghinaan oleh pendakwah, Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI