PONTIAN – Komuniti Perikanan Pulai Sebatang (MyKP) di sini kehilangan pendapatan kira-kira RM500,000 setahun akibat kerang yang diternak dicuri pihak tidak bertanggungjawab. Pengerusi MyKP, Ismail Hassan berkata, anggaran kasar kehilangan kerang yang dicuri pula kira-kira 15 tan kerang setahun pelbagai saiz termasuk ‘anak-anak ‘ kerang yang turut dicuri. Katanya, disebabkan itu, kira-kira 20 nelayan yang melakukan kerja-kerja menyauk kerang dibawah MyKP kehilangan sumber pendapatan. Ujarnya, saiz kerang yang dibenarkan untuk dituai oleh Jabatan Perikanan ialah 24 milimeter (mm), namun kebanyakan……