fbpx

Sultan Nazrin berkenan sampaikan penganugerahan di Istiadat Konvokesyen USAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke 17 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini. – Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke hari pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Naib Canselor USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof serta pentadbir-pentadbir tertinggi negeri.

Istiadat konvokesyen universiti itu berlangsung bermula hari ini sehingga esok dengan menyaksikan seramai 1,798 graduan menerima ijazah dan diploma.

Bilangan graduan itu merangkumi tujuh orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana 36 orang, Diploma Pascasiswazah 14 orang manakala Ijazah Sarjana Muda seramai 768 orang dan 973 graduan Diploma.

Baginda juga berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor, Anugerah Menteri Besar Perak, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI