fbpx
Kanak-kanak yang tinggal di rumah kebajikan turut diberi peluang untuk merasai keenakan durian apabila tiba musim buah.

Rumah kebajikan jadi talian hayat ibu bapa terdesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tindakan segelintir ibu bapa yang mengalami kesempitan hidup menghantar anak-anak ke rumah-rumah kebajikan bagi membela nasib mereka adalah tidak salah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Nor Tipah Majin berkata, tindakan itu dapat memastikan kehidupan anak-anak lebih terbela terutama dari segi makan minum serta pakaian.

“Tambahan pula ibu bapa masih mengunjungi anak-anak mereka di rumah kebajikan tersebut pada hujung minggu dan dapat memberikan perhatian serta kasih sayang.

“Jadi tindakan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membesarkan anak-anak dan menempatkan mereka di rumah kebajikan bagi menjamin hak kanak-kanak terbabit adalah tidak salah,” katanya kepada Kos­mo!.

Bagaimanapun, menurutnya, pusat jagaan tersebut perlu berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1983 (Akta 506) atau peraturan berkaitan agar operasinya dapat dipantau pihak berkuasa

Katanya, keperluan utama kanak-kanak adalah untuk dilin­dungi daripada pengabaian, penderaan, keganasan serta eksploitasi.

Sementara itu, seorang pe­ngusaha rumah kebajikan, Wahid, 46, berkata, golongan ibu tunggal, ibu bapa yang ketagihan dadah dan keluarga asnaf menjadi kelompok paling ramai menghantar anak ke rumah-rumah kebajikan.

“Biasa golongan berkenaan hantar ke rumah kebajikan de­ngan alasan tidak mampu menyediakan perbelanjaan serta mengurus hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak.

“Bagaimanapun, kami pe­ngusaha rumah kebajikan tetap membuat tapisan bagi memastikan yang dihantar itu benar-benar golongan asnaf dan berstatus warganegara. Kami tidak ambil mudah soal undang-undang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN