fbpx
ORANG ramai dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan terpakai yang ingin dibeli.

‘Ingatkan kereta jarang guna, rupanya banyak sakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kontraktor terpaksa membelanjakan lebih RM20,000 selepas kereta jenis Mercedes Benz E300 Hibrid yang dibelinya dari sebuah syarikat menjual kenderaan terpakai didakwa mengalami banyak ke­rosakan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Daniel, 40, berkata, dia membeli kereta tersebut pada Mac lalu pada harga RM68,000 dari sebuah premis di Lembah Klang.

Katanya, dia tertarik untuk membeli kereta tersebut di­sebabkan tawaran waranti selama setahun yang diberikan selain meter perbatuan kende­raan itu yang masih rendah dan catnya juga dalam keadaan elok.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minggu saya gunakan kereta itu, timbul pelbagai masalah dan paling ketara adalah pada sistem pendingin hawa dan beberapa sistem elektronik lain.

“Atas saranan kawan-kawan, mereka menyuruh saya membuat pemeriksaan di SCRUT Auto. Hasilnya kereta tersebut rupanya mempunyai kesan kemalangan sebelum ini dan meter milage juga telah dipusing.

“Sepatutnya milage kereta tersebut sudah hampir 200,000, tetapi masa beli tertera di papan pemuka itu hanya 78,000. Ingatkan kereta ini jarang guna, rupanya sudah ‘barai’ dan rosak sana sini,” luahnya.

Lebih malang, dia juga terpaksa menghabiskan kira-kira RM15,000 untuk membaiki sistem pendingin hawa dan beberapa sistem elektronik berkaitan brek.

“Bateri hibrid juga telah hampir ‘kong’ dan perlu ditukar dalam masa terdekat. Itu pun akan memakan kos sekitar RM30,000 lagi,” katanya.

Daniel berkata, dia cuba meng­hubungi penjual kereta tersebut untuk berbincang mengenai waran­ti yang kononnya mereka tawarkan sewaktu membeli kereta terbabit.

“Bagaimanapun penjual tersebut cuba mengelak dan memberi pelbagai alasan. Saya juga telah bawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk menuntut hak saya,” jelas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN