fbpx

Akta 852 tidak bebankan peniaga kecil – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly menyampaikan sijil kepada penerima pada Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan kononnya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) memberi tekanan kepada peniaga kecil.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, dakwaan itu disifatkan tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, dakwaan kononnya peniaga kecil perlu membelanjakan sejumlah wang bagi menaik taraf kabinet pameran produk merokok juga dilihat tidak tepat.

“Sejujurnya ia menyentuh imaginasi saya kerana apa yang perlu dibuat hanya memasang penutup kabinet pameran dan mematuhi peraturan yang ditetapkan (dalam Akta 852).

“Saya tak rasa untuk pasang penutup memakan kos sehingga RM6,000, mungkin sekitar beberapa ratus ringgit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) meminta KKM menangguhkan pelaksanaan larangan pameran produk merokok di bawah Akta 852. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI