Leona bijak menggunakan peluang yang ada dengan melancarkan kaftan jenamanya sendiri iaitu Mekna.

Disayangi, kaftan Mekna ‘sold out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBELUM ini dia pernah dibenci berikutan beberapa kontroversi. Bukan sahaja penampilan seksinya menjadi bahan kutukan, bahkan turut diserang dengan komen body shaming.

Namun itu dulu, kini pempengaruh Kasih Iris Leona disayangi ramai. Gadis berusia 22 tahun itu berjaya memenangi hati pengikutnya dengan aksi comel dan kejujuran dalam melontarkan kata-kata.

Malah, kepulangannya ke tanah air beberapa bulan lalu disambut baik pengikut setianya yang bertambah saban hari. Puteri kepada pelakon Azhar Sulaiman itu juga tidak menang tangan menerima undangan pelbagai pihak termasuk menghadiri temu bual di radio dan program audio siar serta membuat kemunculan khas dalam acara besar.

Pendek kata aura Leona atau disapa peminatnya sebagai Mekna memang kuat, seakan ada magnet yang buat ramai tertarik dengannya. Tidak hairanlah dia turut diburu beberapa produk dan podcaster untuk menjalin kerjasama dengannya.

Apa yang dilakukan Leona menjadi ikutan termasuklah kegilaannya memakai baju kelawar atau kaftan. Menyedari perkara itu, Leona bijak menggunakan peluang yang ada dengan melancarkan kaftan jenamanya sendiri iaitu Mekna dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.

Memperkenalkan tiga rekaan comel berwarna merah jambu yang mencerminkan identiti dirinya pada 20 September lalu, keluarga pertama itu laris bak pisang goreng panas. Sold out dalam tempoh dua hari. Semua mahu jadi comel macam Mekna malah ramai merayu agar kaftan itu ditambah stok.

Atas permintaan ramai, Khamis lalu Leona restock lagi kaftannya dan sekali lagi sold out dalam tempoh beberapa jam. Begitulah penangan aura Leona, penulis sendiri antara yang terjebak membeli kaftan Mekna kerana rekaan dan warnanya memang comel.

Sebelum menulis artikel ini, penulis ada menghubungi Azhar. Sebagai bapa, dia bangga dengan perkembangan Leona.

Katanya, Leona belajar daripada kesilapan lalu dan menggunakan auranya untuk hal-hal yang baik. Malah, dia seronok melihat kesungguhan anak gadisnya itu pulang ke Kelantan bersama ibu dan pasangan kembarnya untuk menguruskan penghasilan kaftan Mekna.

“Leona sangat teliti, dari soal material, rekaan sehinggalah pembungkusan dia terbabit sepenuhnya. Ini kaftan batik lukis yang mencerminkan identiti dirinya. Dia mahu pembeli berpuas hati, malah buat kotak cantik untuk letak kaftan dan ada poskad. Semuanya ada personal touch Leona.

“Sebagai bapa saya bangga dengan Leona. Dia guna auranya untuk buat bisnes, satu journey yang bagus untuk dia. Siapa sangka kalau dulu dia pakai baju kelawar orang, sekarang dia ada produk sendiri dan jadi rebutan ramai.

“Khamis lalu dia balik ke United Kingdom untuk sambung kuliah semester akhir. Naik kapal terbang pun pakai kaftan, dia bangga dengan produknya.

“Insya-Allah Mei nanti Leona tamat belajar dan akan masuk alam pekerjaan pula. Semoga semuanya lancar dan harap bisnes kaftan yang diusahakannya berkembang,” kata Azhar.

Semoga kisah Leona menjadi inspirasi buat anak muda lain. Bagaimana transisi daripada seorang gadis yang dicemuh berubah menjadi sweetheart ramai dan bijak menggunakan peluang untuk menjana kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN