fbpx
ISI DPK dan keenakannya setanding dengan durian komersial lain membuatkannya diminati pembeli di Jerantut.

Jual durian orang pun boleh kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Musim durian digunakan dengan sebaik mungkin oleh penjual raja buah itu apabila berjaya memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM20,000 hasil jualan durian Kampung Premium (DPK) di sebuah gerai berdekatan Jalan Jerantut – Benta di Kampung Damak dekat sini.

Kata Mariam Mustapa, 29, dia bersama abangnya, Ahmad Mustapha, 45, berniaga DPK sejak dua bulan lalu yang diperoleh daripada pekebun di sekitar Kampung Damak, Kampung Balai dan Ulu Cheka.

“Jualan harian buah DPK antara 500 hingga 600 kilogram memandangkan rata-rata pekebun memberitahu buahnya agak berkurangan pada musim ini kerana keadaan cuaca panas dan tidak menentu pada awal sehingga ba­nyak bunga dan putik yang gugur.

“Dalam kalangan DPK, buah durian jenis Damak King antara yang mendapat permintaan ramai walaupun musim ini kurang menjadi hanya banyak dipasarkan di kawasan Damak dan dihantar kepada pelanggan luar yang membuat tempahan awal,” katanya di gerai Kampung Damak dekat sini.

Menurut Mariam, durian Da­mak King cukup popular dan kerap diminta oleh pelanggan ketika singgah di gerai itu yang dijual dengan harga RM45 hingga RM50 malahan buah gred A boleh mencapai harga RM60 sekilogram.

“Bagi penggemar Damak King, apabila mereka singgah di gerai ini lalu meminta saya terus membelah buah ini untuk melihat tekstur isinya yang lembut, tebal dan berwarna oren (kunyit tua) serta tanpa menawar harga lalu terus membayar.

“Hal ini ini kerana pelanggan tahu keistimewaan isinya yang sudah setanding dengan buah durian komersial lain di sam­ping harganya berpatutan serta digemari oleh pelbagai kaum,” katanya.

Mengenai durian Damak King, dia berkata, ada pelanggan yang datang dari Johor semata-mata untuk ‘memburu’ raja buah itu yang kebetulan hari berkenaan buah yang banyak di gerai lalu berbelanja seberat 150 kilogram untuk dibawa pulang.

“Ada ketika Damak King kurang di gerai ini, pelanggan yang lewat pulang hampa, tetapi membuat tempahan untuk datang semula keesokan hari untuk mendapatkan buah ini,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, kebiasaannya DPK lain dijual paling murah RM3 hingga RM45 dan juga mempunyai kelazatan sama seperti durian komersial bagi pelanggan yang sukakan durian murah termasuk untuk dibuat asam tempoyak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN