fbpx

Liga Negara-Negara Eropah: De Bruyne belum hilang magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE meledak dua gol untuk membantu Belgium menewaskan Israel pada aksi awal pagi semalam. - AFP

DEBRECEN (Hungary) – Bintang Belgium, Kevin De Bruyne membuktikan sentuhannya belum berkarat selepas menghasilkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-1 pasukan itu ke atas Israel pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Bagaimanapun, perlawanan itu terpaksa dilangsungkan di gelanggang berkecuali selepas bandar utama di Belgium menolak cadangan untuk jadi tuan rumah ekoran isu keselamatan.

Pada perlawanan kali ini, De Bruyne hanya memerlukan 21 minit untuk membuka jaringan namun Timothy Castagne dihimpit nasib malang selepas tertampan ke gawang sendiri untuk menghadiahkan jaringan penyamaan.

Tiga minit selepas aksi bersambung, The Red Devils kembali berada di depan, kali ini meraih jaringan menerusi Youri Tielemans dan empat minit selepas itu De Bruyne sekali lagi menyinar apabila menyempurnakan sepakan penalti.

Belgium sepatutnya mampu menamatkan aksi dengan kemenangan lebih besar namun kesempatan kedua menerusi sepakan penalti gagal disudahkan oleh Lois Openda.

Untuk rekod, aksi yang babitkan Belgium dalam pusingan kelayakan Euro 2024, Oktober dihimpit insiden tempatan yang mengorbankan dua penyokong Sweden

Kemenangan ini pastinya memberikan suntikan motivasi buat Belgium untuk menghadirkan kualiti lebih baik memandangkan The Red Devils turut berada dalam satu kumpulan dengan gergasi Eropah, Ital dan Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI