fbpx
Proton X70 2025 mempunyai rekaan gril yang lebih besar dengan elemen corak songket yang mempesona.

Proton X70 2025 diterapkan elemen songket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK dilancarkan pada Disember 2018, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton iaitu X70 menjadi antara kereta pilihan dan paling laris jualannya.

Sejak pelancaran versi pertama, Proton X70 telah merevolusikan SUV premium segmen C di Malaysia dengan terjual lebih 100,000 unit dan menerima tujuh anugerah berprestij sepanjang lima tahun.

Kini, SUV itu telah dikemas kini secara menyeluruh dengan pelancaran Proton X70 2025 baru-baru ini.

Ditawarkan dalam empat varian yang merangkumi Standard, Executive, Premium dan Premium X, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM98,800 sehingga RM126,800.

Proton X70 2025 menampilkan reka bentuk luar yang dikemas kini dengan komponen dalaman baharu dan teknologi ADAS 2.0 yang ditingkatkan.

Malah, buat pertama kalinya dalam model Proton, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto ditampilkan dalam versi terbaharu ini.

Selain itu, kenderaan ini juga menggabungkan reka bentuk terkini dengan prestasi yang dipertingkat.

X70 versi terkini itu turut mengekalkan ciri ‘Hi Proton’ yang menjadi antara ciri menarik Proton.

Mengikuti jejak pendahulunya, Proton X70 2025 menerima reka bentuk luar yang diperbaharui dengan elemen dan perincian baharu yang menambah keanggunan pada wajah asalnya.

Dipengaruhi oleh maklum balas pelanggan dan keinginan untuk menambah identiti Malaysia pada penampilannya, garis-garis pembaharuan bermula dengan reka bentuk baharu di bahagian hadapan untuk membolehkan SUV segmen C ini terserlah di antara pesaingnya.

Ciri baharu yang paling ketara adalah gril hadapan yang lebih besar dengan elemen corak songket elegan yang mengelilingi logo Proton dan dibingkai oleh lampu depan trapezoid baharu terdiri daripada 47 unit LED.

Bukan itu sahaja, bampar dan fender hadapan baharu menambah keanggunan pada model ini.

Tidak cukup itu, bampar dan skirting yang baharu turut menonjolkan gaya di bahagian belakang.

Malah, Proton X70 2025 diperkemas dengan rim aloi 19 inci bagi varian Premium dan Premium X, rim 18 inci bagi varian Executive dan 17 inci bagi bagi varian standard.

Selain itu, Proton X70 2025 juga dikuasakan dengan enjin suntikan terus turbo 1.5-liter yang menghasilkan kuasa 177PS dan 255Nm tork.

Kenderaan ini turut dipadankan dengan transmisi dual clutch tujuh kelajuan yang canggih untuk memastikan pertukaran gear yang cepat dan lancar.

Penalaan yang teliti bagi semua elemen drivetrain juga memastikan peningkatan empat peratus dalam kecekapan bahan api.

Di bahagian dalam pembaharuan turut diberikan agar lebih selesa termasuk penampilan stereng baharu.

Seiring reka bentuk luar yang baharu, rekaan dalaman menampilkan penambahbaikan untuk meningkatkan keselesaan penumpang dengan dipadankan ciri teknologi baharu.

Masuk ke dalam, stereng baharu akan menyambut pemandu dengan padanan palet warna kelabu premium pada varian Premium dan Premium X.

Malah, dua varian ini juga menerima ciri pencahayaan ambien dalam bentuk lampu LED pada panel instrumen yang mempunyai 72 pilihan warna dan boleh berkelip secara ritma mengikut irama muzik yang dimainkan.

Semua varian dihadirkan dengan skrin berukuran 12.3 inci baharu yang menampilkan unit pemprosesan 4GB RAM dan 32GB ruang penyimpanan.

Ciri pengenalan suara yang membolehkan akses kepada pelbagai fungsi melalui arahan suara ‘Hi PROTON’ juga dikekalkan untuk semua varian, begitu juga Sistem Penapis Udara Pintar Proton (PIAPS).

Proton X70 2025 adalah model Proton pertama yang mempunyai perisian Apple CarPlay dan Android Auto sama ada tanpa wayar dan berwayar di mana pemilik dapat mengakses ciri-ciri ini setelah pengesahan rasmi diberi kelak.

Bampar belakang turut diperbaharui sekali gus menampilkan pesona tersendiri.

Sebagai salah satu kenderaan pertama yang memperkenalkan Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) kepada kelas SUV segmen C, Proton X70 diiktiraf secara meluas sebagai perintis dalam sistem keselamatan aktif.

Malah, Proton X70 2025 membina reputasi ini dengan penambahan ADAS 2.0 untuk varian Premium dan Premium X. Sistem ini mempunyai 13 sistem keselamatan aktif yang terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB),

Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), dan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan Kawalan Pelayaran Pintar (ICC).

Melengkapi ADAS adalah senarai panjang sistem keselamatan yang ada pada semua varian Proton X70 2025. Ini termasuk enam airbag SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengedaran Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA),

Auto Brake Hold, Kawalan Keselamatan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan

Ceng­ka­man (TCS), Bantuan Pegangan Bukit (HHA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN