fbpx
Inilah bandar Myawaddy, Myanmar yang menjadi lokasi Ann dipaksa menjadi scammer sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

Bekas guru, eksekutif ramai jadi scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Laos, Kemboja dan ­Myanmar telah berjaya diselamatkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) sejak lebih tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kebanyakan mangsa yang diselamatkan terdiri daripada mereka yang menjadi mangsa peni­puan sindiket yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan di luar negara.

Menurutnya, ada juga antara mangsa yang telah mempunyai pekerjaan stabil di negara ini ­seperti guru dan eksekutif, namun memilih untuk berhenti kerja dan bekerja di negara orang.

“Kebanyakan mangsa mempunyai kerjaya kukuh dan berpelajaran, namun masih terpedaya dengan sindiket yang kononnya menawarkan gaji lumayan.

“Ada juga kes mereka ditipu oleh kenalan semasa bercuti di Thailand sehingga ada yang ‘dijual’ oleh rakan mereka kepada sindiket di sana,” katanya kepada Kosmo! dalam temu bual bersama seorang mangsa pemerdagangan manusia semalam.

Hishamuddin berkata, bagi kes mangsa yang dikenali sebagai Ann, dia bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada kawalan ketat tentera upahan sindiket di Myawaddy, Myanmar.

Ini kerana katanya, Myawaddy merupakan salah satu kawasan lubuk bagi scammer dan mempunyai kawalan keselamatan yang sangat ketat termasuk daripada tentera upahan.

“Kebiasaannya apabila mangsa berada di kawasan ini agak susah untuk mereka meloloskan diri dan kita (MHO) juga agak sukar untuk memasuki kawasan ini untuk menyelamatkan mangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN