fbpx

Hatrik Raphinha bantu pesta tujuh gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA

BARCELONA – Pemain sensasi Barcelona, Raphinha percaya The Catalans kini sudah ‘sempurna’ selepas menjaringkan hatrik untuk membantu pasukan melakar kemenangan 7-0 ke atas Real Valladolid di Stadium Olimpik Lluis Companys awal pagi tadi

Pada perlawanan itu, Raphinha mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri dengan meledak tiga gol, manakala empat jaringan tambahan Barcelona dilakukan oleh Robert Lewandowski, Jules Kounde, Dani Olmo dan Ferran Torres.

Menurut Raphinha, pujian tidak wajar diberikan kepada dirinya seorang kerana kemenangan dilakar adalah hasil kerja keras semua pemain yang berada di atas padang.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah perlawanan terbaik saya sepanjang mewakili Barcelona. Namun, apa yang boleh saya katakan ini adalah hatrik pertama dalam karier dan saya bangga dapat bantu pasukan.

“Malah, saya harap keputusan ini menjadi bukti bahawa pasukan ketika ini menuju kesempurnaan dan tidak perlu pemain baharu dalam usaha memburu gelaran pada musim ini,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Sementara itu, pengendali Barcelona, Hansi Flick mengakui tidak terkejut dengan prestasi anak-anak buahnya selepas mengekalkan rekod bersih dengan meraih empat kemenangan awal pada kempen kali ini.

“Saya rasa semua pemain bekerja keras untuk memastikan pasukan dapat melakar kejayaan besar kali ini. Mentaliti pasukan yang tidak pernah puas dengan prestasi semasa turut wajar diberi pujian kerana sentiasa dahagakan jaringan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI