PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun bertindak licik apabila berjaya menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Serdang selama kira-kira dua bulan tanpa disedari petugas lain. Lebih hebat apabila remaja yang berbadan kurus terbabit mempunyai pas kerja dan mampu mengakses komputer selain turut membuat rondaan di wad-wad hospital berkenaan, persis seorang doktor sebenar. Menurut sumber, sepanjang dua bulan berada di hospital tersebut, remaja terbabit pandai berlakon sebagai pegawai perubatan pediatrik dengan merawat para……