fbpx

Kamera AwAS baharu di lokasi ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamera baharu AwAS yang diganti secara berperingkat bagi meningkatkan aspek penguatkuasaan JPJ.

PUTRAJAYA- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) sedia ada secara berfasa di lokasi-lokasi yang diwartakan.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, penggantian kamera AwAS itu selaras dengan penambahbaikan sistem kamera sedia ada selari dengan perubahan teknologi terkini.

Katanya, kamera baharu itu menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera tersebut beroperasi dengan lebih baik.

“Penggantian itu melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan major dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal.

“Pengoperasian kamera AwAS adalah untuk memastikan penguatkuasaan yang
melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Susulan itu, JPJ menyeru dan memohon kerjasama semua pengguna jalan raya mengambil langkah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Mereka juga perlu bertoleransi dengan pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.

“JPJ juga sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara seterusnya berada pada tahap terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI