Nadra menyimpan impian untuk membuka pusat terapi kaunseling suatu hari nanti.

Nadra jadi kaunselor pelatih banduan penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang kaunseling, Nurul Nadhrah Zainal Abidin memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang itu di Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar).

Mesra disapa Nadra, gadis berusia 25 tahun itu turut aktif melakukan kerja sambilan sebagai penceramah motivasi dan ahli terapi kanak-kanak autisme.

Mendengar dan membantu menyelesaikan masalah orang memberi kepuasan buat anak Kuala Kangsar itu.

Peluang menjadi kaunselor pelatih di Penjara Kajang merupakan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya. Kepada Kosmo! Ahad, Nadra bercerita lebih lanjut mengenai diri dan impiannya.

Boleh ceritakan tentang Nadra?
Nadra: Saya merupakan anak bongsu daripada empat beradik, namun amat meminati sukan lasak. Saya aktif bersukan sejak sekolah dengan bermain hoki dan badminton.

Kenapa memilih bidang kaunseling?
Sejak kecil, saya didedahkan dengan perkara ini kerana ibu saudara bekerja dalam bidang psikiatri. Ibu saya pula terlibat dalam pembangunan sahsiah diri. Melihat mereka be­kerja dan bercakap tentang kesihatan mental serta motivasi membuatkan saya ­sangat tertarik untuk mendalami bidang tersebut.

Apakah cabaran dihadapi dalam bidang kaunseling?
Tidak semua orang boleh menerima nasihat kita, tetapi saya anggap itu sebagai asam garam. Saya perlu sentiasa mempersiapkan mental supaya berada dalam keadaan stabil kerana setiap hari kita berjumpa pelbagai kerenah orang. Saya juga perlu memastikan masalah klien itu tidak dibawa pulang ke rumah.

Bagaimana Nadra menjaga kesihatan mental?
Biasanya saya akan berlari dan joging.

Impian Nadra?
Saya mengimpikan untuk membuka pusat terapi kaunseling sendiri. Saya mahu membantu orang ramai dalam semua isu kehidupan mereka.

Ceritakan pengalaman sebagai kaunselor?
Sepanjang empat bulan menjadi kaunselor pelatih di Penjara Kajang saya dapati kebanyakan mereka dimasukkan ke sana kerana kes dadah. Ada yang terperangkap dengan rakan hingga terjebak najis dadah. Ada juga kes membunuh sama ada se­ngaja atau tidak. Jadi saya ingin menasihatkan wanita supaya ja­ngan pilih kawan dan pasangan. Cari kawan yang tidak mengambil kesempatan. Nad juga me­ngajar anak-anak autistik. Yang penting kesabaran perlulah berada pada tahap tertinggi.

Lokasi percutian yang digemari?
Saya sukakan pantai se­perti Bali, Indonesia kerana rasa tenang dan nyaman.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya sukakan lelaki yang hormat orang tua, kelakar, pandai bergaul dan tidak panas baran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN