fbpx
Kaabah merupakan binaan suci umat Islam yang menjadi arah kiblat. – Gambar hiasan

K2

Cerai isteri depan Kaabah sebab mandul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA yang tidak gembira apabila dapat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah lebih-lebih lagi pertama kali dilakukan.

Begitu juga dengan Nadira (bukan nama sebenar) saat pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Rumah Allah itu bersama suaminya beberapa tahun lalu.

Pun begitu, perasaan gembira menunaikan ibadah bertukar menjadi sedih dan paling tidak dapat dilupakan dalam hidup wanita berusia 45 tahun itu.

Berkongsi bersama K2, Nadira mengakui hingga ke saat ini dia pasti tidak dapat menahan sebak dan akan mengalirkan air mata apabila teringat semula momen tersebut.

“Lima tahun lalu saya dan suami, Anuar (bukan nama sebenar) dijemput ke Rumah Allah bagi menunaikan ibadah umrah.

“Ketika itu juga atau lebih tepatnya di depan Kaabah atau Baitullah, suami melafazkan cerai talak satu kepada saya.

“Pergi bersama dalam ikatan mahram, namun apabila pulang ke tanah air sudah terputus ikatan tersebut,” tuturnya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi saat memulakan bicara kata.

Jelas anak jati Parit Sulong, Batu Pahat, Johor itu, dia reda dengan ketentuan Allah dan suratan takdir yang tertulis buat dirinya.

Berkongsi lagi, guru agama di sebuah sekolah kerajaan itu memberitahu, perkahwinannya bersama bekas suami sebenarnya sudah memasuki sedekad lamanya.

Namun, selama 10 tahun bersama, mereka masih belum dikurniakan rezeki paling diinginkan setiap pasangan iaitu zuriat meskipun bermacam cara telah dilakukan.

NADIRA bersyukur Allah memilih dirinya menjadi hamba paling beruntung dapat menziarahi rumah suci-Nya meskipun sedih kerana diceraikan. – Gambar hiasan

“Jujur saya kadangkala malu dengan suami. Fikirlah suami mana yang bernikah dan tidak mahu zuriat daripada benih mereka sendiri.

“Saya faham perasaan suami. Dia juga tertekan kerana desakan keluarganya yang turut mahukan pewaris keturunan, namun langsung tidak kunjung tiba,” katanya.

Akui Nadira, dia juga pernah beberapa kali dalam perbualan bersama suami dan mengizinkan syurganya itu untuk bernikah lain demi mendapatkan zuriat.

Pun begitu, setiap kali diizinkan, setiap kali itu jugalah suaminya akan menolak sekeras-kerasnya atas alasan tidak mahu ‘menyakiti’ isterinya dengan berpoligami.

“Setiap kali saya memulakan topik berkenaan poligami dan membenarkan suami bernikah lain, ketika itu jugalah dia akan menolak keras.

“Suami kata, ikut sahajalah aturan Allah. Suatu masa pasti akan Allah rezekikan yang terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Ujar Nadira, mungkin lafaz perceraian di depan Kaabah itulah maksud tersirat yang suami ingin sampaikan mengenai apa yang pernah dituturkan sebelum ini.

Bagi anak bongsu daripada lima beradik itu, dia bagaimanapun reda dengan ketentuan meskipun tidak menyangka pengakhirannya sebegitu rupa.

Akui Nadira lagi, dia juga bersyukur Allah ‘memilih’ dirinya menjadi hamba paling beruntung dapat menziarahi rumah sucinya meskipun terpaksa pulang dengan perasaan berbaur gembira, sedih dan rindu kepada Maha Pencipta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN