fbpx
SERAMAI 28 juta penduduk Malaysia adalah pengguna internet. – GAMBAR HIASAN

Individu suka bergosip boleh jadi pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan membuli di media sosial atau buli siber dilakukan oleh mereka yang dahagakan ‘mata wang sosial’ untuk menaikkan engagement akaun sendiri, tanpa menyedari ia boleh memberi kesan kepada orang lain.

Timbalan Dekan Akademik dan Teknologi, Institut Teknologi Maklumat Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur, Dr. Shafiza Mohd. Shariff, budaya ambil tahu atau jaga tepi kain orang juga membuka ruang kepada segelin­tir pengguna media sosial untuk mengecam orang lain.

“Apa-apa komen yang memalukan, menyebabkan kemarahan, rasa tersinggung dan sedih yang diterima seseorang itu sama ada daripada orang yang dikenali atau tidak dikenali adalah buli siber,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Dr. Shafiza, budaya buli ketika ini makin membimbangkan kerana adanya kelonggaran anonymity dalam platform media sosial menyebabkan ia makin menjadi-jadi.

“Buli siber juga lebih mudah dilakukan keana pembuli tidak bersemuka dengan mangsa sehingga tiada perasaan empati apatah lagi simpati, malah pembuli beranggapan mereka selamat daripada tindakan undang-undang disebabkan kelonggaran anonymous.

“Ini termasuk komen jelik yang menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’ dan ‘hodoh’ de­ngan niat untuk memalukan dan merendahkan seseorang. Ini juga termasuk dalam kategori buli siber,” jelas beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil memberitahu, individu yang terjerat dalam buli siber adalah mereka yang suka bergosip dan ia seakan-akan menjadi budaya di negara ini.

“Apabila kita tidak sedar tentang perubahan ini, kita terpaksa menerimanya sebagai satu budaya yang asalnya bukan budaya kita pun, maka rosaklah generasi itu,” katanya.

Jelas beliau, terdapat lima ka­tegori buli siber iaitu penghinaan atau mencemarkan nama baik, membuat gangguan dengan cara menghantar mesej ancaman atau menghina berulang dan pe­nyamaran identiti, mengeluarkan seseorang daripada kumpulan dengan sengaja dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang tanpa izin.

Tambahnya, dengan ketia­daan akta khusus mengenai buli siber, rakyat Malaysia tidak mempunyai kesedaran dan mendapat pendedahan.

“Terdapat 28 juta pengguna internet, Malaysia menduduki tangga kelapan di dunia dan ke­dua di Asia Tenggara bagi kes buli siber. Kita dapat lihat betapa bercambahnya barah buli siber ini dan impak dirasai dari segi emosi dan psikologi mangsa.

“Penderaan siber ini tidak hanya termaktub kepada penulisan komen berbaur jelik dan kecaman, namun ia merujuk kepada semua jenis perbuatan yang mana boleh mengganggu emosi orang menggunakan teknologi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN