fbpx

SIR 2024 berjaya tarik 1,000 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHMUD (tengah) menyampaikan plak kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd.Yatim (kiri) pada pelancaran SIR 2024 di Shah Alam hari ini. - ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Seramai 1,000 pelumba basikal tempatan dan luar negara bakal berentap merebut kejuaraan Selangor International Race (SIR) 2024 bermuka 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas berkata, acara diadakan untuk kali kedua itu dijangka menghimpunkan barisan pelumba dari 10 negara selain Malaysia iaitu Great Britain, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Jerman.

“SIR 2024 menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 melibatkan dua kategori perlumbaan iaitu profesional dan amatur dengan pelbagai kategori peringkat umur.

“SIR 2024 bukan hanya menyediakan platform kepada pelumba basikal tempatan menonjolkan bakat mereka, malah menarik peserta luar negara untuk turut sama bersaing dalam acara berprestij ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran SIR 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Mahmud berkata, SIR 2024 melibatkan laluan sejauh 145 kilometer (km) dari Bangunan Ibu Pejabat PKNS merentasi lebuhraya, laluan berbukit di sekitar projek serta perbandaran PKNS.

“Antaranya Kota Puteri yang terkenal dengan perlombongan arang batu satu ketika dahulu, manakala laluan baharu melibatkan Denai Alam, Elmina, Kuang, Kundang, Unisel dan Pekan Ijok.

“Kejayaan siri pertama tahun lalu membuktikan komitmen Selangor dalam membangunkan sukan berbasikal di peringkat tempatan dan global dengan memberi tumpuan kepada penganjuran acara berkualiti tinggi yang menarik minat pelumba basikal dari seluruh dunia,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SIR 2024 bukan hanya mendorong pertumbuhan sukan berbasikal dalam kalangan penduduk tetapi turut membantu mengukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pelancongan sukan yang berkembang pesat.

Tambahnya, SIR turut memberi peluang kepada pemangkin ekonomi setempat apabila meningkatkan perbelanjaan pelancongan dalam pelbagai aspek seperti penginapan, makanan dan perkhidmatan lain.

Pasukan Malaysia yang telah mengesahkan penyertaan ialah Team Aquatwo Cyclomotion, Malaysia Pro Cycling Team, TSG Academy, MSN Terengganu, PDRM, ATM, Selangor State Cycling Team, Perak State Cycling Team, Putrajaya State Cycling Team dan Gruppetto Propain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI