fbpx

Beberapa jalan di P. Pinang ditutup untuk acara lumba basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOFFIAN menunjukkan beberapa jalan yang akan ditutup serta dilencongkan secara berperingkat sempena kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Polis Negara 2023 hujung minggu ini.

GEORGE TOWN – Beberapa jalan di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya akan ditutup serta dilencongkan secara berperingkat pada 3 dan 4 Jun ini bagi memberi laluan kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Polis Negara 2023.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejohanan yang diadakan pada 1 hingga 4 Jun ini akan melibatkan 17 pasukan dengan penyertaan seramai 204 peserta dari Kontinjen dan Formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tiga acara berasingan akan dipertandingkan iaitu acara lebuh raya (3 Jun), ujian masa dan kriterium (4 Jun) dan akan dijalankan di daerah Timur Laut dan Barat Daya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara jalan-jalan yang terlibat sepanjang kejohanan di daerah Timur Laut adalah Padang Kota Lama (permulaan dan penamat), Lebuh Light, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Pangkor dan Jalan Kelawai.

Laluan lain yang turut terlibat adalah di Tanjong Tokong, Jalan Batu Feringghi, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Pengkalan Weld dan Jalan Tun Syed Syeh Barakbah.

Bagi laluan di daerah Barat Daya, antara jalan terlibat adalah Jalan Teluk Bahang, Jalan Sungai Rusa, Jalan Baru, Jalan Kampung Terang, Jalan Balik Pulau, Jalan Teluk Kumbar dan Jalan Permatang Pasir.

Beliau memberitahu, pada 3 dan 4 Jun bermula pukul 12 tengah malam, penutupan penuh Jalan Padang Kota Lama akan dilakukan untuk kerja pemasangan persediaan kejohanan.

“Pada 4 Jun pula akan berlangsung dua acara iaitu acara ujian masa dan kriterium. Bagi acara ujian masa, peserta akan dilepaskan bermula pukul 6.30 pagi dan dijangka tamat 9 pagi manakala acara kriterium akan berlangsung selepas selesai acara ujian masa,” jelasnya.

Soffian menambah, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan arahan petugas lalu lintas sepanjang penutupan serta lencongan jalan dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI