SEKALI buat salah, sampai mati orang akan ingat.
Sepertinya itu yang berlaku apabila beberapa video trailer drama Terjerat lakonan Aliff Aziz dan Ruhainies tular dalam media sosial. Belum tayang sudah trending!
Baru sahaja muncul beberapa video, netizen sudah melemparkan kata-kata negatif sehingga ingin memboikot drama tersebut.
Rata-rata meluahkan enggan menonton lakonan dua pelakon tersebut yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
“Kenapa video ini viral. Menyampah dan tak mahu tengok drama mereka!
“Tak suka Ruhainies, Aliff. Jom boikot drama Terjerat,” komen netizen.
Selain Ruhainies dan Aliff, drama tersebut turut dibintangi Fendy Bakry.














