fbpx

Laporan penuh nahas helikopter TLDM didedahkan minggu depan – Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter yang terhempas di Lumut, pada 23 April lalu.

SUNGAI BULOH – Laporan penuh berhubung tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan didedahkan pada minggu hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, laporan itu sedang dilengkapkan sebelum diumumkan pada minggu depan.

“Tidak lama lagi kita akan keluarkan (laporan). Selewat-lewatnya minggu depan, ia (laporan penuh) sedang dimuktamadkan,” katanya pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perhebat di Kompleks Perhebat, Kem Sungai Buloh, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Mohamed Khaled menyampaikan Diploma Kemahiran Malaysia kepada 209 anggota dan veteran ATM dan Sijil Latihan Peralihan kepada 338 bakal pesara ATM.

Beliau turut menyaksikan pertukaran lapan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perhebat dan syarikat swasta, institusi perbankan dan universiti
tempatan.

Kosmo! difahamkan, laporan penuh itu akan diumumkan pada 4 Jun ini di Lumut, Perak.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 9.32 pagi, 23 April lalu 10 pegawai serta anggota TLDM terkorban apabila dua helikopter dinaiki mereka terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.

Tragedi menyayat hati itu merupakan nahas terburuk membabitkan nahas helikopter di negara ini sejak sembilan tahun lalu dan yang kelapan berlaku dalam tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI