fbpx

K2

Jelajah ujian saringan kesihatan percuma di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil peluang melakukan ujian saringan awal kesihatan secara percuma di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

UMUM mengetahui bahawa apabila melibatkan kesihatan tubuh badan, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Saringan kesihatan yang dibuat pada peringkat awal mampu membantu pesakit mendapatkan rawatan awal, seterusnya menyembuhkan penyakit mereka.

Sebagai salah satu usaha berterusan dalam menggalakkan langkah pencegahan awal, penyedia penjagaan kesihatan terkemuka, IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) menjalankan siri jelajah ujian saringan kesihatan percuma di tiga buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Siri jelajah itu yang dipanggil ‘Act Sooner, Live Better’ merupakan usaha komited IHH Malaysia bagi menekankan kepentingan intervensi perubatan awal dalam penjagaan jantung, kanser, tulang serta sendi.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, hanya 49 peratus rakyat Malaysia menjalani ujian saringan kesihatan.

Ini menunjukkan terdapat satu keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Bahkan, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian pramatang di Malaysia, merangkumi 18.4 peratus kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Komersial IHH Healthcare Malaysia, Sipika Singh berkata, inisiatif itu adalah sebagai langkah berterusan pihaknya dalam usaha memupuk dan memperluas hebahan tentang kepentingan ujian saringan awal.

“Inisiatif ‘Act Sooner Live Better’ ini menyerlahkan komitmen kami terhadap penjagaan kesihatan pencegahan, menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala dan intervensi perubatan awal.

“Di rangkaian hospital di bawah seliaan IHH Healthcare Malaysia seperti Prince Court Medical Centre dan Gleneagles Hospitals, kami mengutamakan penyampaian penjagaan peribadi yang direka untuk memenuhi keperluan unik setiap pesakit.

“Objektif kami adalah untuk meningkatkan hasil klinikal dengan menawarkan diagnosis yang tepat, pelan rawatan yang diperibadikan dan ketenangan fikiran semasa pemulihan, yang akhirnya membawa kepada peningkatan kualiti hidup,” katanya.

Siri jelajah itu dimulakan di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya pada 15 hingga 19 Mei lalu dan akan diteruskan di pusat beli-belah Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 5 hingga 9 Jun dan Aeon Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Julai ini.

Pengunjung boleh mencari reruai IHH Healthcare Malaysia yang ditempatkan di dalam pusat-pusat beli belah terlibat bagi mendapatkan ujian saringan kesihatan percuma melibatkan pemeriksaan antaranya kadar gula dalam darah dan kadar kolesterol.

Selain itu, booth yang disediakan juga bersifat interaktif bagi menarik minat orang ramai untuk mengakses maklumat berkaitan penjagaan jantung, kanser, sendi dan tulang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web khusus bagi hospital-hospital yang terlibat dan mengikuti tanda pagar #ActSoonerLiveBetter di Facebook, Instagram dan TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI