fbpx

Stacy nasihat SMDX, ‘belajar untuk diam, jangan cakap suka hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stacy menasihatkan SMDX yang lahir dari negeri sama iaitu Sabah agar tidak lancang mulut dan menghormati orang sekeliling.

KUALA LUMPUR – Susulan kontroversi tidak mengenali ‘senior’ mereka Dolla, penyanyi Stacy menasihatkan kumpulan wanita baharu SMDX agar berhati-hati dalam berbicara dan belajar berdiam sekiranya perlu.

Ujar Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, lebih baik terkenal dengan bakat dimiliki daripada menjadi buah mulut orang disebabkan kelancangan terhadap penyanyi lain.

“Janganlah buat begitu, setiap orang ada kelas tersendiri. Takkan masuk industri mahu glamor dengan gosip sedemikian? Tidak boleh begitu.

“Kamu kena pergi dan naik dengan cara yang betul, tunjuk bakat awak dahulu, itu paling utama.

“Selancang mana pun mulut awak, kena belajar untuk diam, jangan main cakap sesuka hati,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah penyanyi yang juga anak jati Sabah itu, kumpulan terbabit sepatutnya perlu lebih sensitif selain perlu bijak menjawab apa jua soalan disua sama ada daripada peminat mahupun media.

“Awak datang dalam industri seni ini, awak kena bersedia dengan semua bentuk soalan.

“Kena berhati-hati dalam setiap yang kita buat baik melalui perbuatan mahupun percakapan.

“Biar orang kenal sebab bakat bukan kontroversi tidak enak didengar,” ujarnya ketika ditemui di konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show, semalam.

Sejak minggu lalu, kumpulan asal Sabah itu dikecam teruk netizen susulan kenyataan seorang anggotanya, Elle Thong yang didakwa berlagak apabila menyatakan tidak mengenali Dolla.

Tindakan mulut lancangnya membuatkan peminat tegar Dolla, iDolla tersinggung sehingga pelbagai kecaman ditinggalkan ramai di ruangan komen video TikTok gadis terbabit.

Dalam video tersebut Elle seolah-olah tidak pernah mendengar nama Dolla yang juga kumpulan wanita paling popular ketika ini.

“Kata kami mencabar Dolla? Siapa Dolla? Saya tak kenal. Mungkin Crystal dan Devey kenal,” demikian luahan penyanyi baharu itu.

Begitupun, syarikat rakaman SMDX, XIOKK Entertainment tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata artis naungannya selain menyentuh beberapa isu sampingan lain termasuk imej seksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI