fbpx
Klopp disangungi sebagai jurulatih pasukan Manchester City yang muncul sebagai juara buat kali keempat berturut-turut.

Contohi Jurgen Klopp sebagai ‘bos’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINGGU ini bagi peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris merupakan minggu penutup bagi saingan terbaik dunia yang menyaksikan Manchester City muncul juara buat kali keempat berturut-turut.

Namun, keseronokan title juara itu teralih kepada satu pasukan yang berada di tangga ke-3, Liverpool FC apabila pengurus Jurgen Klopp menamatkan perkhidmatannya pada perlawanan terakhir pasukan itu menentang Wolve yang berkesudahan The Red menang 2 gol tanpa balas,

Sepanjang sembilan tahun, banyak kejuaraan dicapai pasukan itu antaranya Juara Eropah, Juara EPL, Juara Piala FA, Juara Super UEFA, Juara Kelab Dunia.

Tahun pertama kendalian Klopp, ramai yang meragui kemampuannya, namun dalam beberapa tahun, Liverpool kembali menjadi pasukan yang digeruni di benua Eropah. Malah, Klopp yang membina

Liverpool hanya diberikan modal kecil oleh pemilik kelab berbanding pasukan lawan.

Jika bukan kerana kemampuan dan kebijaksanaan Klopp, mungkin peminat Manchester United masih menjadikan Liverpool modal ‘troll’ mereka sehingga hari ini.

Sikap ‘bos’ dan mengurus yang ada pada Klopp dan pengurusan patut menjadi sandaran kepada mana-mana pengurusan tidak kira kelab sukan atau agensi lain.

Malah, Klopp dilihat tidak takut memilih pemain muda dan tidak ternama dari akademi Liverpool untuk bersama pasukan senior mencipta sejarah tersendiri apabila 90 pemain muda di Anfield diberi peluang sepanjang beliau mengurus.

Klopp ketika ucapan terakhirnya berkata, kejayaan yang dikecapi itu bukan datang daripadanya seorang, malah barisan kejurulatihan dan pemain sendiri.

“Prinsip yang saya pegang adalah ‘bukan kejayaan yang dibawa masuk ke dalam kelab menjadi ukuran, tetapi apa yang kita bawa keluar biar menjadi sebutan’.

“Dalam mengurus, kita perlu pasukan bukannya kepala kita sendiri. Saya tidak menganggap pasukan, malah saya anggap semua ‘keluarga’, untuk berjaya, segala teguran dan kelemahan yang ada pada saya perlu dibetulkan dahulu.

“Pembantu, pemain dan penyokong setia adalah keluarga saya di Liverpool dan kejayaan dalam tempoh sembilan tahun ini perlu diteruskan,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pemain Liverpool, Jimmy Charagger berkata, trio serangan terbaik dunia yang disatukan Klopp sebelum ini Mohamad Salah, Roberto Farmino dan Sadio Mane bukti kebijaksanaan Klopp dalam membina karakter tiga pemain itu.

“Mohamad Salah bukan siapa-siapa sebelum ini, malah tidak diberi peluang ketika di Chelsea, sama juga Farmino yang sebelum ini tidak pernah dipanggil skuad kebangsaan Brazil.

“Tetapi apabila Klopp ambil alih, Mohamad Salah menjadi dua kali penjaring terbanyak liga, malah Mane juga pernah mendapat anugerah itu bersama Mohamad Salah pada saingan liga sebelum ini,” katanya dalam rancangan temu bual.

Secara keseluruhannya, melihat kepada kisah yang dibawa pengurus dari Jerman ini boleh disimpulkan bahawa setiap organisasi mampu berada di puncak kejayaan sekiranya mendapat pengurusan yang bijak dan mempunyai idea bernas bagi memimpin organisasi terlibat.

Bukan soal modal, bukan soal pekerja atau pemain yang tidak boleh dibentuk, tetapi soal hati pengurus itu untuk mengurus dan seterusnya menjadi pengurus hebat yang sering menjadi sebutan pekerja. Selamat bersara Jurgen Klopp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN