fbpx

Rakyat Malaysia makan paling banyak mikroplastik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Malaysia makan kira-kira 15 gram mikroplastik sebulan - EWG

NEW YORK – Satu kajian baharu di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia makan kira-kira 15 gram mikroplastik sebulan, lapor sebuah portal berita kelmarin.

Jumlah itu adalah yang tertinggi di dunia.

Majoriti sumber partikel plastik yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia itu datang daripada sumber akuatik seperti makanan laut.

Kajian mengenainya disiarkan dalam penerbitan Environmental Science & Technology.

Tidak jauh dibelakang Malaysia ialah Indonesia yang menduduki tempat kedua.

Kajian sama mendapati penduduk Indonesia makan sekitar 13 gram mikroplastik sebulan.

Mesir menduduki tempat ketiga diikuti oleh Filipina Vietnam dan Laos secara turutan bagi melengkapkan lima kedudukan teratas.

Kajian oleh Universiti Cornell itu turut menyenaraikan negara yang paling banyak menyedut mikroplastik semasa bernafas.

Kumpulan penyelidik menyatakan bahawa China muncul nombor satu dalam aspek tersebut diikuti oleh Mongolia dan Britain.

Malaysia pula berada di tempat ke sembilan.

Mikroplastik merujuk kepada partikel halus plastik yang berada di ruang udara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI