fbpx

Bakal jemaah haji Malaysia pertama meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika berucap pada majlis pelepasan jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci bagi musim haji 1445H/2024M di Kompleks TH Sepang, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Seorang bakal jemaah haji tanah air disahkan meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi pada lewat Jumaat lalu disebabkan masalah pembuluh darah dalam tubuh pecah.

Berita sedih tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

“Dukacita saya ingin memberitahu bahawa ada kes kematian yang pertama membabitkan seorang bakal jemaah lelaki dan berusia 72 tahun bernama Abnil Hajar Ismail,” katanya.

Terdahulu, beliau mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mencemar duli mengucapkan selamat jalan kepada 282 bakal jemaah di Kompleks Tabung Haji (TH).

Turut hadir pada majlis untuk musim haji 1445H tersebut ialah Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al Sulaim dan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Kosmo! difahamkan, jemaah yang meninggal dunia itu berasal dari Jitra, Kedah dari kumpulan KT03 menaiki penerbangan MH 8054 Malaysia Airlines pada 10 Mei lalu.

Allahyarham Abnil dilaporkan bakal menunaikan ibadah fardu rukun Islam yang kelima itu bersama-sama isterinya sebelum mendapatkan rawatan dari sebuah hospital di Mekah.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im merakamkan ucapan takziah dan memaklumkan pihak TH memberi jaminan akan melaksanakan urusan badal haji jemaah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI